Sakura Sports Day

  "Sakurian Sports Day" ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk dan menyemai semangat kesukanan setiap individu, mewujudkan persaingan yang sihat, serta menerapkan semangat berpasukan dan kerjasama yang padu dalam kalangan warga Kolej Sakura. Aktiviti ini dianjurkan oleh  Exco Sukan dan Rekreasi Sakura serta ahli-ahli kelabnya. Seramai 30 orang ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan dan memastikan semua aktiviti berjalan lancar. Pengarah Projek ialah saudari Siti Syazwana bt Mohd Nasir dan dibantu oleh saudari Nur Farunita bt Mohamad selaku Timbalan Pengarah Projek serta ahli jawatankuasa yang lain. 
Aktiviti ini dijalankan pada 18 Mac 2017 bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari bertempat di gelanggang Kolej Sakura dan gelanggang Allamanda. Secara keseluruhannya, seramai 97 peserta telah menyerlahkan bakat dan potensi masing-masing menerusi aktiviti ini.
Bola Jaring

Bola Tampar

Futsal

Bola Keranjang
"Sakurian Sports Day" ini terbahagi kepada 4 jenis permainan iaitu pertandingan Bola Tampar, Bola Jaring, Bola Keranjang dan Futsal. Setiap pertandingan diwakili oleh setiap blok. 

Hanya pertandingan futsal sahaja yang diadakan di gelanggang Kolej Allamanda.




Secara keseluruhannya, saudari Siti Syazwana selaku Pengarah Projek Hari Sukan Sakura ini sangat berpuas hati dengan bakat yang ditunjukkan oleh para peserta namun beliau mengharapkan pada masa akan datang lebih ramai yang akan menyertai aktiviti seumpama ini. Selain itu, faktor keselamatan harus dititikberatkan memandangkan beberapa orang peserta mengalami kecederaan luka di kaki dan lengan agar selepas ini perkara yang sama tidak akan berlaku semula.
  Program ini berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan majlis panyampaian hadiah oleh Cik Nooorfarida Saini serta Dr. Nor Hasmaliana Abdul Manas diiringi pengarah program.





 Pemenang Bola Keranjang 
Johan : C1
Naib Johan : B1
Ketiga : C2 
Saguhati : A1, A2, B2
Pemenang Futsal
Johan : A1
Naib Johan : C2
Ketiga : A2
Saguhati : B1, B2, C1
Pemenang Bola Tampar
Johan :B2
Naib Johan :A1
Ketiga :C1
Saguhati : A2, B1, C2
 Pemenang Bola Jaring

Johan : C1
Naib Johan : A1
Ketiga : B2
Saguhati : A2, B1, C2
Disediakan oleh,
Fatin Shahirah bt Amanzuria

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.