WONDER WOMAN CLASSES

 

Pada 14 Oktober 2017, Exco Disiplin dan Keselamatan Kolej Sakura telah menganjurkan satu kelas seni mempertahankan diri. Program ini diadakan di parking blok C. Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pelajar kolej Sakura sendiri menyertai program yang bermanfaat ini. Program ini bermula pada pukul 3.30 petang.


Walaupun hari kelihatan mendung pada petang itu, para pelajar masih lagi kelihatan bersemangat untuk mempelajari ilmu baru dalam seni mempertahankan diri. Pada slot kali ini, pihak penganjur menjemput wakil daripada kelab Silat Gayung UNIMAS. Seramai tujuh orang wakil dari kelab silat gayung yang hadir untuk berkongsi ilmu mereka bersama pelajar kolej Sakura.


Sebanyak lima cara untuk melepaskan diri dengan pelbagai teknik diajar pada slot kali ini. Antaranya ialah teknik melepaskan diri menggunakan satu tangan, teknik melepaskan diri jika mangsa dipeluk dari belakang, teknik melepaskan diri jika dicekik serta teknik melepaskan diri jika mangsa didukung. Peserta dikehendaki berpasangan untuk mempraktikkan teknik yang telah diajar.


Setelah selesai diajar kelima-lima cara melepaskan diri itu, para peserta diminta untuk menunjukkan kembali kesemua teknik yang telah diajar dari wakil silat gayung UNIMAS. Kemudian, sesi soal jawab antara pelajar dan wakil kelab silat gayung UNIMAS. Sebelum tamatnya program ini, turut diadakan sesi penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan pihak penganjur kepada wakil kelab silat gayung UNIMAS. Program ini ditamatkan dengan sesi fotografi sebagai tanda kenang-kenagan.


Di sediakan oleh,
Nor Afikah Mazlan




No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.