Miftah Al-Bait 10.0


20 September 2019 – Jawatankuasa Surau Sakura (JASSA) sesi 2018/2019 telah mengendalikan program Miftah Al-Bait 10.0. Program ini diadakan pada setiap semester dan menerima penyertaan daripada penghuni Kolej Sakura, muslim dan juga bukan muslim.


Solat berjemaah

Program ini dimulakan dengan bacaan Mathurat sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah dan seterusnya solat Isya’. Miftah Al-Bait 10.0 diteruskan dengan perkongsian bertajuk “Strive for progress, not perfection” oleh pengetua kolej, Cik Siti Nor Ain Binti Haji Musa. Beliau turut diiringi oleh felo kolej, Cik Noorfarida Binti Saini. Perkongsian tersebut bertujuan untuk memberi motivasi kepada para pelajar bagaimana untuk meneruskan pengajian serta berjaya dengan cemerlang.


Cik Ain memberi perkongsian

Cik Ain menerangkan bahawa, sebagai seorang pelajar, kita hendaklah pandai berdikari dalam segala hal. Beliau juga menyarankan setiap pelajar untuk mempunyai matlamat dalam hidup dan berusaha untuk mencapainya. Pengalaman beliau meneruskan pengajian di negara Jepun dijadikan sebagai contoh dalam perkongsian pada malam tersebut.

Hadirin mendengar perkongsian


Nilai keagamaan juga harus diterapkan dalam pembelajaran, di mana beliau meningatkan supaya memperbaharui dan memperbaiki niat pada setiap pagi. Hal ini kerana, niat merupakan satu aspek yang penting dalam kita melakukan sesuatu. Cik Ain juga tidak lupa memberi pesanan agar hadirin fokus dalam pembelajaran mereka.

Program pada malam tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah dan sesi fotografi bersama tetamu jemputan serta pengagihan air Yassin kepada penghuni muslim. 


“Our religion doesn’t demand perfection but instead a manageable strive to better ourselves”
-Nouman Ali Khan

Disediakan oleh,
Claudia Charissa Anak Jagan

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.