Orientasi Kolej Sakura




Welcome new sisters! Welcome to the Sakura family!

16 September 2019, Isnin – Sebuah program orientasi kolej telah diadakan bagi meraikan pelajar baharu Kolej Sakura dengan penglibatan wajib semua pelajar tahun 1 yang telah mendaftar bagi sesi 2019/2020. Tujuan orientasi kolej diadakan adalah bagi memberi pendedahan berkenaan Kolej Sakura dengan lebih mendalam kepada pelajar-pelajar baharu.

Pendaftaran pelajar telah dibuka seawal 7:00 pagi sehingga 7:30 pagi. Disebabkan keadaan jerebu yang teruk, pelajar telah ditempatkan di Bilik Seminar & Surau Sakura.


Program telah dimulakan dengan slot kerohanian sebelum diteruskan dengan pengenalan organisasi Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) sesi 2018/2019 oleh saudari Ainadhira Billahizzah binti Abdul Rani. Seterusnya semua pelajar telah diberikan pendedahan tentang kelab-kelab yang terdapat di Kolej Sakura selain, pelajar turut berpeluang untuk menonton tayangan montaj Sakura@Kenyalang daripada kelab Sakura Editorial Board (SEB).


Setelah itu, pelajar diarahkan untuk bergerak ke dataran blok B untuk aktiviti yang seterusnya iaitu Morning Exercise. Kemuncak program adalah slot Explorace dimana pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalani beberapa check point untuk memenangi pertandingan ini. Di setiap check point pelajar akan diuji dengan soalan dan permainan yang berkisar pengetahuan am berkenaan kolej.




Program orientasi kolej telah diakhiri dengan acara penyampaian hadiah yang telah dihadiri oleh felo-felo Kolej Sakura, Cik Raja Norazizah Binti Raja Harun dan juga Cik Noorfarida Binti Saini. Tahniah diucapkan buat kumpulan Horse, Ant dan juga Jellyfish yang telah memenangi pertandingan Explorace! Program orientasi kolej berakhir kira-kira 12:30 tengah hari dan pelajar telah mendaftar keluar dengan kaedah QR Code.

Disediakan oleh: Deveena Iyot Anak Adrian Betie
Photographer: Nur Atikah Binti Abdul Malek Batumalai

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.