Hari Sukan Sakura

~ Hari Sukan Sakura~


Pada 24 Mac lalu, Hari Sukan Sakura berlangsung denga jayanya. Program ini merupakan anjuran Kelab Sukan Kolej Sakura di bawah selian saudari Nazatul Syahira Bt Roslan sebagai pengarah program. Antara aktiviti sukan yang dipertandingkan ialah bola jaring, futsal, bola keranjang, bola tampar dan sukaneka. 

Hari Sukan dimulakan dengan persembahan senamrobik daripada ahli-ahli kelab sukan Sakura. Aktiviti ini diadakan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai tubuh badan yang sihat di samping mengeratkan silaturahim antara pelajar-pelajar kolej dan pengetua.


Para peserta kita

AJK juga turut serta dalam senam robik ni

Instructure senam robik kita

Tarian shi shua
  
Lagi tarian shi shua. Comel kan

Sempat juga peace

Semangat sungguh peserta buat senam robik

Selesai senamrobik, permainan bola jaring terus dimulakan dan diikuti permainan-permainan yang lain. Bagi permainan bola tampar, bola jaring dan bola keranjang, aktiviti dijalankan di gelanggang Kolej Sakura manakala bagi futsal, aktiviti dijalankan di gelanggang futsal Kolej Cempaka. Kat bawah ni kita boleh lihat gelagat peserta kita

Permainan bola jaring

Skor!!!

Permainan futsal ni diadakan kat Kolej Cempaka

Tunggu apa lagi? Rembat bola tu

Sungguh bergaya cik akak ni rebut bola

Permainan bola keranjang

Bukan setakat permainan sukan yang dijalankan malah terdapat sukaneka dan relay game  bagi memeriahkan lagi Hari Sukan Sakura. Pengetua kolej juga turut serta dalam relay game bersama-sama ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) yang lain. Hal ini dapat merapatkan lagi silaturrahim antara pelajar kolej dan JPK. Antara sukaneka yang dijalankan  ialah belon beracun, galah panjang dan sebagainya.

Go Cik Ain!!

Laju betul korang ni lari. Peserta lain semua masih kat blakang

Bersedia nak buat larian 

Cik Ain sangat sporting. Siap main tiup tepung lagi

Permainan galah panjang

Lari!!! Selamatkan diri

AJK program sedang memberi arahan kepada peserta

Buat apa dengan belon tu?

Permainan belon beracun

Bersedia untuk elak

Bye-bye Cik Ain...

Bukannya senang nak isi air dalam botol ni. Chaiyok

Lompat, lompat

Nak pegi mana tu presiden?

Lompat kak lompat. Kalau tidak, baju basah

Seronok lak tengok diorang ni main

Seronoknya JPK sorang ni

Pesta sukaneka dan relay games

Program tamat diikuti dengan majlis penyampaian hadiah oleh pengetua Kolej Sakura iaitu Cik Siti Nor Ain binti Musa. Johan keseluruhan bagi Hari Sukan Sakura kali ini disandang oleh pasukan blok C kerana berjaya mengumpul markah yang tertinggi bagi semua acara yang dipertandingkan. 

Johan galah panjang

Johan relay game
  
Johan belon beracun
  
Johan permainan futsal

Johan bola tampar

Johan bola jaring

Johan bola keranjang
Hadiah saguhati untuk Cik Ain kita
Dapat saguhati pun ok bah
Pendaftaran keluar semua peserta

Overall, Hari Sukan Sakura dapat dijalankan dengan jayanya. Maju sukan untuk sakura!! =)




Laporan Hari Sukan Sakura
Disediakan oleh Nur Amaliena Binti Ahmad, Sidang Redaksi Kolej Sakura

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.