Program Aku dan Bintang


~Aku dan Bintang~




Time cuti Mid-Sem, baru ada masa nak update blog kolej. Hehe... Sebelum cuti bermula, ada 3 aktiviti kolej yang berjalan. Untuk post ini, admin akan preview pasal program Aku dan Bintang. Program ini dijalankan pada 16 Mac yang lalu (sebulan dah berlalu) dan mendapat sambutan yang hangat dari puteri sakura. Program ini julung kali diadakan oleh puteri sakura yang bertempat di Planetarium Sultan Iskandar yang melibatkan hampir 80 orang pelajar. Cik Ain juga turun padang bagi menyokong aktiviti anjuran pelajar ini.

Siti Masjida Mazlan (pengarah projek Aku dan Bintang) menyatakan program ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar Kolej Sakura untuk lebih mengenali astronomi dan seterusnya dapat menyebarkan kesedaran astronomi kepada belia. Semasa program berlangsung, semua peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan dan diketuai oleh seorang fasilitator. Setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan beberapa tugasan yang telah diberi tunjuk ajar oleh kakitangan Planetarium Sultan Iskandar (PSI). 

Sebelum melakukan tugasan, peserta terlebih dahulu diberi taklimat mengenai PSI dan astronomi oleh Encik Ismandy Ali, selaku kurator PSI pada hari tersebut. Seterusnya, para peserta diberi taklimat mengenai tugasan dan projek yang perlu diselesaikan yang disampaikan oleh Encik Alfean Aziz, selaku penolong kurator program tersebut. 

Semasa sesi taklimat. Semua peserta seperti tidak sabar untuk  nak jalankan tugasan

Tugasan pertama untuk para peserta ialah tugasan berkumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki membuat video kreatif selama 3 minit untuk mempromosikan pengetahuan astronomi kepada orang ramai. Manakala bagi tugasan kedua adalah berbentuk individu. Setiap peserta dikehendaki memuat naik gambar pengalaman astronomi ke laman sosial facebook PSI. Pemenang akan dikira berdasarkan kreativiti gambar yang dimuat naik. Di sepanjang program tersebut juga, kurator telah mengadakan astrokuiz kepada para peserta dengan mengikut kumpulan masing-masing.

Salah satu bahan pameran 

Nampak apa kat atas tu?

Peserta bersemangat menyelesaikan tugasan yang diberi

Salah satu sudut pameran di Planetarium

Sungguh tekun peserta ini mendengar penjelasan encik kurator kita

Ruangan lain Planetarium

Selesai tugasan, Encik Ismandy telah memberi taklimat mengenai buruj-buruj di langit. Seterusnya, beliau juga memberi taklimat ringkas mengenai penggunaan carta bintang yang dibekalkan kepada para peserta di awal program tersebut. Selesai taklimat tersebut, pertunjukan projektor planetarium dan solar motion demonstration telah diadakan. Pertunjukan tersebut telah menjelaskan kedudukan bintang-bintang di langit pada masa tersebut dan pergerakan matahari di beberapa tempat di muka bumi. Kemudian, pertunjukan video alam semesta telah diadakan. 

Jangan sangka ini taklimat biasa. Siap ada sesi soal jawab gitu

Walaupun penat, para peserta kelihatan sangat seronok

Tentunya taklimat ni best. lihat saja gelagat peserta

Pada sesi malam, para peserta telah diberi peluang untuk membuat pencerapan bulan dan bintang dengan menggunakan carta bintang dan teleskop yang telah disediakan oleh pihak PSI. Para peserta dapat melihat fasa bulan terkini dan planet Musytari bersama bulan-bulannya. 
Sesi pencerapan bulan dan bintang. Best sangat

Cik Ain juga tidak melepaskan peluang mencerap bulan dan bintang

Seterusnya para peserta diberi peluang untuk menyiapkan tugasan video kreatif mereka dan pertunjukan video-video kreatif dari setiap kumpulan telah diadakan.



Seterusnya majlis penyampaian hadiah telah diadakan. Kumpulan Andromeda telah mendapat tempat pertama dalam tugasan video kreatif manakala tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Draco. Bagi pertandingan astrokuiz, kumpulan Draco telah mendapat tempat pertama manakala Orion mendapat tempat kedua. Gambar kreatif pula dimenangi oleh saudari Athira. Selesai penyampaian hadiah kepada para peserta, penyampaian hadiah penghargaan kepada pihak PSI menyusul. Capture kat bawah ni merupakan gambar-gambar penyampaian hadiah kepada peserta. Tahniah semua.








Ini pula penyampaian saguhati dari pengarah projek kepada wakil  Planetarium

Program Aku dan Bintang tamat tepat jam 10.30 malam. Program ini sangat bermanfaat dan dapat menambah ilmu pengetahuan kepada para peserta mengenai astronomi dan seterusnya dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan peserta dan kakitangan Planetarium Sultan Iskandar. Untungnya peserta program ini kan. Untuk siri kedua nanti, admin pasti nak ikut sekali. Rugi kalau tak pergi. Mari kita lihat capture lain sepanjang program ini diadakan.

Ini model apa? he

Pemandangan waktu malam Bandar Kuching dari Menara Planetarium

Tentunya model bumi dan planet lain

Antara barisan JPK yang turut hadir

Indahnya Bandar Kuching. Love Kuching!!

Satu lagi model yang terdapat di Planetarium

Lagi model

Model planet mengelilingi matahari. Sistem solar kita

Gambar berkumpulan

Peserta bersama sijil penyertaan khas dari pihak Planetarium

Cik Ain bersama peserta

Pengarah projek pun dapat sijil. hehe

Tulang belakang program Aku dan Bintang

I got the World!!



Laporan asal disediakan oleh:
Farhana Binti Muhammad Yusoff, Sidang Redaksi Kolej Sakura



No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.