MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SOLAT HAJAT SAKURA

SALAM SAKURA

Majlis Khatam Al-Quran dan Solat Hajat adalah aktiviti yang julung kalinya diadakan di Kolej Sakura di bawah anjuran pelajar kolej sendiri iaitu saudari Nur Syafiqah Binti Abd. Samat. Majlis ini berjaya dijalankan pada 19 Oktober 2013 bertempat di Pusat Islam, UNIMAS. Seramai 20 orang telah mendaftar untuk menjadi peserta khatam al-Quran. 









Majlis sebelum itu dimulakan dengan bacaan mathurat beramai-ramai dan seterusnya bacaan doa yang diketuai oleh saudari Khairunnisa Binti Auma. Pelajar yang hadir kemudian diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dari setiap peserta dimana setiap bacaan mereka akan diadili oleh saudari Syarifah Binti Muhammad selaku juri bacaan dan penceramah jemputan untuk majlis ini.

Selesai dengan majlis khatam, peserta dan penonton bersama-sama menunaikan solat Maghrib dan diikuti sesi ceramah yang bertajuk "Indahnya Hidup Berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah'. Seterusnya majlis penyampaian cenderahati kepada para peserta, penceramah dan felo telah disempurnakan oleh felo dan Pengetua Kolej Sakura. 

Disediakan oleh:
Farhana Binti Muhammad Yusoff, Sidang Redaksi 2013/2014

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.