Sakura On Fire

Salam Sakura

Sungguh ceria tuan penceramah kita ni

Tayangan Montage Sakura On Fire yang disediakan oleh ahli Sidang Redaksi

Q&A session

Pelajar khusyuk mendengar taklimat daripada pegawai bomba

Pertanyaan daripada kalangan pelajar yang hadir

Pegawai bomba yang hadir untuk Program Sakura On Fire

Tayangan Montage daripada pihak bomba

Interaktif antara pelajar serta pegawai bomba

Pada 28 September yang lepas, Exco Disiplin dan Keselamatan Kolej Sakura telah menganjurkan  Program Sakura On Fire. Diadakan di Dewan Kuliah CTF 1 dan dirangka bagi mendedahkan langkah-langkah keselamatan kepada warga Kolej Sakura ketika menghadapi kebakaran. Perkongsian maklumat disampaikan oleh wakil dari Balai Bomba Samarahan iaitu Encik Hussien bin Hj yang turut dibantu oleh Encik Mohammad Zalihin dan Encik Awang Azhar Awang Muhd. Maklumat yang disampaikan lebih kepada pendedahan berkenaan kebakaran dan langkah-langkah mengatasinya. Semasa program, tayangan montaj telah diadakan, daripada ahli Sidang Redaksi dan dari pihak bomba sendiri. Diharap dengan adanya program seperti ini akan dapat meningkatkan lagi kesedaran para pelajar tentang bahayanya kebakaran dan apa yang patut dilakukan jika ini berlaku. Stay safe ok!!


Laporan disediakan oleh
Nur Amaliena Binti Ahmad, Sidang Redaksi sesi 2013/2014

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.