Sharing Moment

Salam Sakura

Sharing Moment merupakan satu program perkongsian pengalaman oleh pelajar UNIMAS yang berlangsung pada 5 Oktober yang lalu. Program ini adalah program anjuran Exco Kebajikan Kolej Sakura dan terbuka kepada pelajar Kolej Sakura untuk menghadirinya.

Program Sharing Moment telah dirasmikan oleh Felo Kolej Sakura yang baharu iaitu Puan Farah Akmal. Dalam ucapan pembukaan, beliau menegaskan pembelajaran sepanjang hayat amat penting dan sempat memberi beberapa tips untuk berjaya dalam pelajaran. 

Antara panel yang hadir untuk berkongsi pengalaman adalah saudari Aqilah Nabihah bt Anuar, saudari Fong Shu Ying dan saudari Sarah Hazirah bt Azhar.

Antara peserta yang hadir untuk Program Sharing Moment

Pelajar yang asyik membelek buku yang sedia untuk dijual

Tayangan video pendek oleh panel

Panel kedua, saudari Fong menyampaikan tips beliau untuk membuat nota ringkas

Penjualan buku-buku terpakai di luar Bilik Seminar

Saudari Sarah, salah seorang panel yang dijemput khas dari Kolej Alamanda

Pendaftaran masuk para pelajar

Pelajar mencatat tips yang telah disampaiakan oleh para panel

Penyampaian cenderahati oleh Felo Kolej Sakura kepada panel yang hadir

Disediakan oleh
Farhana Binti Muhammad Yusoff, Sidang Redaksi sesi 2013/2014

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.