DEBAT HARI MALAYSIA

                                                                                                               16 SEPTEMBER 2014
                                                                                                               20 SEPTEMBER 2014

Sempena sambutan hari Malaysia pada 16hb 9 2014, sebuah perdebatan patriotik telah mengambil tempat di bilik JPK, kolej Sakura. Seramai  4 kumpulan bagi pusingan saringan telah menyertainya. Terdapat 4 ahli dalam satu kumpulan. Maka seramai 6 kumpulan telah menyertai debat Bahasa Melayu dan 4 kumpulan bagi debat Bahasa Inggeris.


 Saudari Sarah Leong dari FSGK dan saudari Amirah Aliya Zainuddin dari FSKTM telah menjadi juri bagi debat Bahasa Inggeris yang telah berlangsung. Manakala, bagi debat Bahasa Melayu, saudari Wan Awanis yang memegang portfolio sebagai Exco Pembangunan Sahsiah dan saudari Hanie Ruzanna juga sebagai Exco Akademik dan Kerjaya telah menjadi juri bagi debat Bahasa Melayu.



 Aktiviti ini telah bermula pada pukul 9 pagi dan telah berakhir pada pukul 12 tengah hari. Tidak kurang hebatnya juga para peserta kita dalam perdebatan yang dapat pemerhatian daripada juri-juri kita. Mereka dapat menyerlahkan bakat masing-masing dalam perdebatan yang berjiwakan semangat patriotisme. 





Antara topik yang telah diperdebatkan ialah ‘ Teknologi Maklumat, Dunia Tanpa Sempadan’, ‘Latihan Khidmat Negara: Strategi Berkesan Memupuk Semangat Patriotisme’, Rukun Negara Hanya Hafalan Bukan Amalan’. Untuk kategori bahasa Inggeris pula, topik yang diperdebatkan ialah ‘National Service is a Good Way to Foster Unity among Teenagers’.



Selepas menghitung markah dalam aspek masing-masing, terdapat 2 kumpulan yang berjaya mara ke pusingan akhir yang telah berlangsung pada hari Sabtu, yang bertarikh 20/9/2014. Pada pagi itu, walaupun terdapat pelbagai kekangan namun, perdebatan tersebut dapat berjalan dengan lancar atas pimpinan pengarah program, saudari Komathi yang merupakan Exco Disiplin dan Keselamatan bersama beberapa ahli JPK iaitu, saudari Lenny dan saudari Ras Aziela.




Dengan kehadiran 3 juri bagi debat Bahasa Melayu dan 4 juri bagi debat Bahasa Inggeris yang terdiri daripada  saudari Tasnim bt Mohd Taib, saudari Saktiyashinee Thanenthiran, saudari Nur Qistina Sharkawi dan saudara Joshua Wong Teng manakala saudara Eswaran Madialagen, saudara Khairul Shafiq dan Cik Farah telah menjadi juri bagi kategori Bahasa Melayu. Antara komen yang diberikan kepada para peserta adalah perdebatan, bukanlah perbincangan yang bersifat perbualan, dan contoh yang diberikan oleh mereka sangatlah banyak. 




Menurut  saudara Khairul Shafiq, pembinaan ayat sungguh cantik dan penuh dengan unsur sarkastik , bidasan yang diberikan juga adalah cantik. Saudara Eswaran pula mengatakan bahawa mereka mempunyai keyakinan yang sangat tinggi serta ia merupakan karekter yang amat baik semasa menyampaikan isi debat.


Akhirnya, pasukan kerajaan yang terdiri daripada saudari Wan Nor Azliza bt Wan Daud, saudari Siti Sarah Abdul Halim serta saudari Nurul Amirra bt Zulkifli dan pasukan pembangkang yang diambil bahagian oleh saudari Ava Lavinia, saudari Amanda Shia dan saudari Chai Sheau Wei telah menjadi johan bagi pertandingan perdebatan Hari Malaysia bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris  masing –masing.  



Peserta debat yang terbaik bagi kategori bahasa Inggeris telah disandang oleh saudari Ava Lavinia dan saudari Wan Nor Azliza bt Wan Daud telah memenangi peserta debat terbaik dalam debat Bahasa Melayu.



   
     


Oleh, Ng Chai Yin

 Jurugambar, Amanda Shia Kang Ping

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.