Sakura Oosoji

- Salam Sakura ku Sayang -

ISNIN | 4 Mei 2015


Isnin nan indah, Sakura ladies bangun pagi untuk Sakura Oosoji! Walaupun masih dalam cuti panjang, masih ramai pelajar sakura yang bersama-sama menyertai Sakura Oosoji pada pagi itu.

Apa tu Sakura Oosoji?

Oosoji merupakan perkataan Jepun yang membawa maksud ‘spring cleaning’. Jadi, kesemua pelajar sakura diarahkan untuk membersihkan kawasan kolej termasuklah kawasan apartment masing-masing.

Aktiviti gotong-royong seperti ini dijalankan untuk memudahkan pekerja-pekerja yang melakukan pembersihan kolej setiap hari sebagai tanda terima kasih.

Aktiviti dimulakan dengan sign in peserta dan taklimat di perkarangan parking Blok C. Wakil peserta diberikan plastik sampah untuk memudahkan lagi aktiviti pembersihan. Melalui pemantauan, ternyata kolej ini tidak mempunyai masalah yang serius berkenaan kebersihan. Sukar sekali mencari sampah di perkarangan kolej.

Semua pelajar bergotong-royong membersihkan kawasan koridor rumah, tingkap, membuang sampah dan banyak lagi.

Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat.

Pelajar Sakura ni memang bagus. Bukan sahaja cantik, pembersih pulak tu J

Bersama-sama lah kita menjaga kebersihan dan keceriaan kolej kita.
Jumpa lagi!

Disediakan oleh: Marjana Darus

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.