Jom Masuk Syurga!

- Salam Sakura ku Sayang -



Pada 7 September 2015 bersamaan hari Isnin, satu program Jom Masuk Syurga! telah dianjurkan oleh pelajar Kolej Sakura. Pengarahnya, saudari Siti Syuhaida Safaai telah mengadakan program dengan menyasarkan peserta dari kalangan pelajar baru Kolej Sakura.
            
Program bermula dengan pendaftaran 7.15 malam. Program dimulakan dengan Solat Berjemaah fardhu Isyak. Selesai solat, pelajar dikumpulkan dan pengerusi majlis memulakan majlis dengan memperkenalkan moderator jemputan.
                
Slot pertama dikendalikan oleh moderator Noor Syifaa Othman yang merupakan pelajar tahun 4 bagi bidang pengajian Kaunseling. Dalam slot pertama, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Mereka dibekalkan dua helai kertas berbentuk boring kajian untuk mengetahui cara belajar setiap pelajar.
                
Pada akhir slot, pelajar dapat mengenalpasti cara belajar masing-masing yang terdiri daripada kumpulan visual, digital, kinestatik dan audio. Setiap kumpulan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Dengan mengetahui ciri-ciri tersebut, pelajar dapat mengetahui cara belajar terbaik untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Slot kedua pula dikendalikan oleh moderator Nur Amalina Ruzaidi atau lebih mesra dipanggil Mina. Beliau merupakan bakal graduan tahun 2015 dalam bidang Sumber Manusia.
                
Di slot kedua, pelajar didedahkan dengan cara mengendalikan kerja seharian sebagai seorang pelajar. Pelbagai tips dan cara untuk menguruskan masa diajar dalam slot ini. Pada akhir slot, pelajar diberikan kuiz ringkas. Setiap pelajar yang dapat menjawab dengan betul diberi hadiah yang terdiri daripada baucer KFC, buku nota dan kalendar.
                
Diharap semua pelajar mendapat info yang berguna sepanjang program ini. Program tamat pada pukul 10.30 malam.




Disediakan oleh: Marjana Darus


No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.