Meeting The Senioritas

Meeting The Senioritas

Oleh : Aisya Fathiya Che Rosli

11 September -  Bagi mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu dalam kolej Sakura, satu program bertemakan ‘Meeting The Senioritas’ telah diadakan di Bilik Seminar Sakura. Pengarah program, saudari Siti Syuhaida Safaai berkata, antara objektif program adalah untuk membentuk ukhuwah di antara pelajar baharu dan pelajar lama yang mana ianya penting bagi menghidupkan lagi semangat Kolej Sakura. Seramai 60 orang pelajar baharu telah menyertai program yang berlangsung selama dua jam ini. 

Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi ‘Ice breaking’ dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bagi memupuk semangat berkumpulan. Program turut diserikan dengan sesi perbincangan antara pelajar lama dan pelajar baharu mengenai persoalan hal berkaitan Kolej Sakura dan juga fakulti-fakulti di UNIMAS yang mana dapat membantu dalam aspek akademik mereka. Program ini berakhir pada jam 6 petang. Para peserta yang menyertai program ini begitu teruja kerana dapat menimba ilmu daripada pelajar lama yang sememangnya mempunyai pengalaman dan berharap program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. 

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.