Pelancaran Kempen ‘Spread Salam’

Pelancaran Kempen ‘Spread Salam’

Oleh : Aisya Fathiya Che Rosli

12 Sept - Buat julung-julung kalinya, Kolej Sakura dengan kerjasama Exco Pembangunan Sahsiah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Sakura 2014/2015 telah menganjurkan sebuah kempen yang bertajuk ‘Spread Salam’. Sesi pelancaran bagi kempen ini telah berlangsung di Bilik Seminar, Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) dengan dihadiri oleh muslimin dan muslimat dari kolej-kolej kediaman UNIMAS. Majlis pelancaran kempen bermula pada jam 8.30 dengan diserikan lagi oleh kehadiran penceramah jemputan iaitu Encik Fadly Hasbi dan juga Pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nur Ain Haji Musa.

Bagi memeriahkan majlis, pihak penganjur telah menyediakan sebuah video menarik bagi menerangkan secara umum konsep bagi Kempen ‘Spread Salam’ ini. Cik Siti Nur Ain dengan berbesar hatinya menyempurnakan pelancaran Kempen ‘Spread Salam’ ini yang mana beliau turut menzahirkan rasa simpati dan dukacita berhubung tragidi yang menimpa Jemaah Haji Malaysia di Tanah Suci Makkah baru-baru ini. 

Majlis diteruskan dengan sesi perkongsian bersama penceramah jemputan, Encik Fadly Hasbi yang bertugas di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Kuching. Beliau menerangkan tentang kepentingan memberi salam atau bertegur sapa kepada sesama muslim dan juga bukan muslim. Isu ini amat penting dan menjadi tonggak utama kepada terjalinnya sesebuah hubungan persahabatan dalam kalangan penghuni Kolej Sakura yang sememangnya terdiri daripada berbilang kaum, bangsa dan agama. Beliau sangat berharap supaya amalan ini dapat dipraktikkan dengan sebaiknya oleh putri-putri Sakura.

Majlis berakhir pada jam 10.30 malam dengan sesi penyampaian cenderahati oleh Cik Siti Nur Ain kepada penceramah jemputan. 

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.