MENYINGKAP LEMBARAN SILAM


    Pada malam Sabtu, 14 Mei 2016 bersamaan 7 Syaaban 1437H, Exco Pembangunan Sahsiah telah mengadakan ceramah muzikal dengan penampilan khas, Fitri Haris. Beliau merupakan anak kelahiran Kuala Pilah yang menjadi penyanyi dan penceramah sambilan. Selain menyampaikan ceramah tentang nikmat yang diberikan oleh Allah, beliau turut menyanyikan lagu-lagu berunsur dakwah.


   Sebelum mendendangkan lagu yang bertajuk Ainul Mardhiah, beliau menceritakan tentang bidadari di Syurga yang bernama Ainul Mardhiah yang sangat cantik. Bidadari ini merupakan ganjaran daripada Allah kepada lelaki yang mati syahid sewaktu berjuang ke jalan Allah.


  Bukan itu sahaja, beliau turut menjemput beberapa orang pelajar lelaki ke pentas untuk bertanyakan tentantang isu-isu semasa. Beliau turut memberikan tips untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya. Beliau turut menceritakan tentang Zinnirah, seorang hamba yang dibeli oleh Umar Al-Khattab. Seterusnya, beliau menyanyikan lagu Zinnirah. 


    Sebelum majlis bersurai, felo Sakura, Cik Noorfaridah diiringi pengarah program menyampaikan cenderahati kepada beliau. Fitri Haris turut mempromosikan album terbaru beliau. 




By: Raudhah binti Haharai :)





No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.