KERANA KAMI CINTA


    Pada 1 Mei 2016 yang lalu, Kolej Sakura telah mengadakan satu program bertempat di Kg Muara Tuang. Program ini dianjurkan oleh Jassa. Ia dihadiri oleh kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke atas. Program ini bertujuan untuk mendekatkan para pelajar Sakura dengan orang luar. Terdapat beberapa aktiviti yang diadakan sepanjang program ini. 


  Antara aktiviti yang diadakan ialah Ice Breaking, Jom Solat, Mari Mengaji, Latihan Dalam Kumpulan dan Slot Riadah. Akiviti-aktiviti ini adalah bertujuan memupuk semangat berkerjasama antara kanak-kanak ini. Mereka juga dapat mengetahui lebih lanjut tentang solat dan sejarah-sejarah Islam.


  Sebelum program berakhir, pihak Kolej Sakura  menyampaikan sumbangan kepada Ketua Kampung. Malahan, pengetua kolej, Cik Siti Nor Ain turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.





By: Raudhah binti Haharai :)



No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.