INVENTION PROJECT





2 Oktober 2016 - Telah diadakan satu program anjuran Exco Keusahawanan Kolej Sakura yang diberi nama 'Invention Project'. Program ini berkonsepkan Invention Technology Expo tetapi dilakukan secara teknik pemasaran dan idea dibentuk daripada barang-barang kitar semula yang ditetapkan sebelum pertandingan bermula. Peserta dikehendaki mengaplikasikan kepentingan perancangan dan pemasaran produk dalam dunia perniagaan. Selain itu, program ini juga menguji kemahiran berfikir ke aras yang lebih tinggi, kerjasama dan komunikasi serta kepimpinan pelajar dalam sesebuah kumpulan. Para peserta dikehendaki memperkenakan idea baharu terhadap ciptaan berdasarkan barangan yang sedia ada.



Selepas menghasilkan produk baru menggunakan barang kitar semula, peserta dikehendaki mempromosikan barangan mereka di Student Pavilion. Semasa mempromosikan barangan tersebut, kemahiran komunikasi para peserta teruji apabila mempromosikan barangan ciptaan mereka. Barangan ciptaan para peserta dinilai oleh Felo Kolej Sakura, Cik NoorFarida, President Jawatankuasa Perwakilan Kolej Sakura, Saudari Wan Nor Azliza sera Pengarah Invention Project, Saudari Aida Suriana.



Tepat pada jam 12 tengahari, para peserta dan penonton bergerak ke Bilik Seminar untuk majlis penutup. Pemenang bagi program ini adalah JWS, Star Lite dan Modulation. Barang ciptaan mereka berjaya menarik minat para juri serta penonton. Penilaian pemenang dinilai daripada para juri serta 40 orang penonton yang hadir. Majlis bersurai pada jam 12.45pm selepas penyampaian cenderahati serta sesi fotografi.


Disediakan oleh,
Nor Afikah Mazlan

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.