SAKURA ON FIRE


           
           



 1 OKTOBER 2016 _ 
      
       Satu  latihan  kebakaran  telah  diadakan  di  kawasan  Kolej  Kediaman  Sakura  baru-baru ini hasil  kerjasama  pihak  Exco  Disiplin  dan  Keselamatan  dan anggota bomba daerah Kota  Samarahan.  Walaupun  program  ini  bermula  pada  jam 2  pagi, namun  semua penghuni  Kolej Kediaman Sakura telah  memberi komitmen  yang baik  untuk  menjayakan  program  ini  mengikut  tentatif.


        Hasil kerjasama ini telah diadakan dengan jayanya tanpa sebarang masalah dengan dihadiri kira-kira 240 orang penghuni Kolej  Kediaman Sakura.
      

   Matlamat latihan kebakaran ini ialah untuk mendidik warga pelajar agar mengutamakan keselamatan dengan mengambil tindakan yang betul sekiranya berlaku kebakaran. 

    Tentatif program ini bermula dengan proses pengosongan blok pada jam 2 pagi dimana semua pelajar perlu bergegas keluar dari kediaman masing-masing setelah mendengar loceng kecemasan. Pelajar  diarahkan untuk berkumpul di hadapan parkir Blok C. Setelah mendengar  taklimat  khas dari pegawai  bomba, seterusnya  slot demonstrasi  menggunakan alat  pemadam  api. 

     Pegawai  bomba juga  turut  menyatakan, sekiranya  berlaku  satu  kebakaran  dikawasan  kampus atau ditempat-tempat awam, setiap induvidu yang berada dikawasan tersebut perlulah menghubungi bomba dan keselamatan dengan segera serta menghebahkan kepada orang lain dengan memecahkan 'Fire Alarm' supaya orang ramai dapat mengosongkan bangunan yang terlibat.  

    Sekiranya berlaku kebakaran kecil yang mampu di padamkan  sendiri dan orang disekeliling perlulah memadamkannya segera dengan menggunakan alat pemadan kebakaran seperti ABC Powder yang telah  disediakan di  setiap  lokasi  kampus.

      Pihak Kolej Sakura mengharapkan agar program latihan ini mencapai segala objektif sebagaimana yang telah  digariskan.


Disediakan oleh :
   Fatin Shahirah AZ







 

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.