DISKRIMINASI EKONOMI


Program bicara ilmu yang diberi nama Diskriminasi Ekonomi telah diadakan pada 14 Oktober 2016 yang lalu. Program ini adalah anjuran Jawatankuasa Surau Sakura (JASSA). Penganjuran program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang kepentingan perniagaan dapat membantu pembangunan ummah. Ceramah ini juga bertujuan memberi pendedahan tentang konsep bermuamalat yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan bagaimana bermuamalat dapat meningkatkan perpaduan dan pembangunan ummah.

Penceramah bagi program bicara ilmu ini diberi nama Hj Azmi bin Hj Shaari. Beliau merupakan pengurus besar dan penasihat Haji/Umrah TM TOUR SDN BHD. Selain itu, beliau juga memberi ceramah motivasi di Jabatan-jabatan kerajaan/ NGO/ Universiti serta menjadi penceramah agama di Radio Sarawak dan Radio ERA.

 Dalam ceramahnya, Ustaz Hj Azmi menyatakan bahawa terdapat empat perkara yang membezakan setiap manusia. Setiap manusia mempunyai IQ, Fizikal, Nafsu serta Hati/Iman yang berbeza. Ustaz juga menegaskan bahawa setiap manusia mempunyai kelebihan masing-masing. Selain itu, beliau juga menyatakan akibat jika seseorang itu meninggalkan solat. Antara akibatnya ialah hati tidak akan tenang, tidak diizinkan menyebut nama Allah saat kematiaannya serta tidak dapat melihat wajah Allah di akhirat kelak.


 Ustaz Hj Azmi turut menyatakan syarat sesuatu perkara akan menjadi ibadah berdasarkan perkara-perkara ini. Antaranya ialah niat. Niat mesti betul. Kedua, perlaksanaan mesti betul. Perlaksanaan mestu betul membawa maksud bahawa mengikut syariat yang telah ditetapkan berdasarkan Al Quran dan sunnah. Syarat yang ketiga ialah tidak meninggalkan perkara asas. Perkara asas disini membawa maksud solat Fardhu. Syarat yang terakhir ialah natijah(hasil) yang betul.



 Program diteruskan dengan sesi soal jawab antara peserta dan penceramah. Kemudian penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain binti Hj Musa. Selesai penyampaian cenderahati itu maka berakhirlah program bicara ilmu ini. Majlis bersurai tepat pada jam 10.30 malam.

Disediakan oleh;
Nor Afikah Mazlan



No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.