TRAVELOG HIJRAH



12 MEI 2017- Satu program anjuran Jawatankuasa Sakura Kolej(JASSA) diadakan iaitu Travelog Hijrah. Progam ini mendapat sambutan yang ramai daripada seluruh kolej-kolej di Unimas. Program yang bermula pada 8.30 malam sehingga 10.30 malam tidak mengecewakan hati penonton yang hadir pada ketika itu.


Penjualan buku penceramah turut diadakan dengan harga yang mampu milik oleh pelajar.

Program anjuran JASSA kali ini menjemput Prof.Dr Muhd Kamil Ibrahim sebagai penceramah pada malam itu. Hijrah dalam konteks islam, bermaksud perpindahan atau perjalanan Nabi Muhammad dan pengikutnya dari Mekah ke Madinah. Dalam ceramah kali ini, penceramah menceritakan kisah perjalanan hidup anak lelaki beliau yang mana seorang yang taat dan menghormati kedua ibubapanya dalam mencari ilmu sehingga ke bumi Sudan.

Perjalanan kehidupan anak lelaki beliau bernama Amirul yang mana seorang yang lemah dalam pembelajarannya sehinggalah Berjaya menjadi seorang chef.
Sebelum berakhirnya ceramah , Prof ada meninggalkan pesanan kepada para penonton, “pentingnya berusaha dan janganlah berputus asa”, kata Prof. Dr Kamil. Kata-kata Prof. dapat dikaitkan dengan peribahasa melayu iaitu jangan melepaskan batuk di tangga.

Program ceramah berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan.






Sekian.


Disediakan oleh,
NURUL SYUHADA BINTI MOHD SUKRI



No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.