Pertandingan Sukan Tradisi Interkolej




Pertandingan Sukan Tradisional Interkolej

Sukan tradisi seperti galah panjang, baling selipar, ting – ting, batu serembang dan guli antara acara yang mewarnai kemeriahan Pertandingan Sukan Tradisi Interkolej pada 15 April lalu di Kolej Sakura. Program ini merupakan anjuran Exco Sukan dan Rekreasi Kolej Sakura di bawah selian saudari Nur Farunita Bt Mohamad sebagai pengarah program.



Guli

Batu seremban


Ting - ting

     Seramai 27 peserta menyertai pertandingan berkenaan yang berakhir pada tengahari   dengan penyertaan pelajar dari Kolej Cempaka , Allamanda , BRC dan Kolej Sakura sendiri.


Baling  selipar

Galah  panjang

     Program tamat kira – kira jam 1 tengahari diikuti dengan majlis penyampaian hadiah oleh pengetua Kolej Sakura iaitu Cik Siti Nor Ain binti Musa. 
Johan bagi acara galah panjang dirangkul oleh wakil dari Kolej Allamanda manakala bagi acara guli pula dimenangi saudari Mohd Taufiq dari Kolej Cempaka. Kolej Sakura sebagai tuan rumah memenangi tempat pertama dalam acara ting – ting. Kolej BRC kali ini berjaya menjadi johan keseluruhan dalam acara batu seremban dan baling selipar.





     













Overall, Pertandingan Sukan Tradisi Interkolej dapat dijalankan dengan jayanya. Majulah sukan untuk sakura!! =)



Disediakan oleh Fatin Shahirah AZ


No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.