LOVE IN ONE CALL



22 April 2017 – Ibu bapa dan pelajaran merupakan perkara penting yang perlu dilihat lebih terperinci dalam konteks keagamaan serta kehidupan agar kita memperolehi kebahagiaan dan ketenangan yang terbaik. 


      Demikian merupakan intipati program ceramah yang disampaikan oleh saudari Nurul Zahidah  Saffinye di bilik seminar. Daei  Zahidah, 20 tahun, dilahirakn di Melaka telah mendapat pendidikan awal di SMKA TUN Perak dan SMK Telok Mas. Kemudian meneruskan di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Kini beliau berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kecemerlangan beliau dalam bidang dakwah  di mana beliau telah terpilih menjadi  Timbalan Exco Dakwah Mutaqqin Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan Exco Hubungan Antarabangsa dan Korporat Persatuan Mahasiwa UKM. Beliau yang kini aktif dalam Trainer Street Dakwah  telah dijemput sebagai penceramah undangan di berbagai universiti termasuklah Unimas . 



Dua slot ceramah diberikan kepada peserta program. Pada slot pertama beliau menjelaskan serba sedikit tentang dakwah yang bertajuk ‘Dakwah Tanggungjawab Siapa’. Tajuk ini merangkumi hukum dan ganjaran dakwah, Iman mee kolok serta akhlak. Tambah lagi, beliau juga menspesifikasikan jenis kafir Dzimi, Muahad, Musta’man dan harbi. 



Selesai slot pertama, slot kedua diteruskan yang lebih menekankan tentang ibu bapa. Slot ini dijalankan secara secara berkumpulan dimana setiap kumpulan akan diberikan telefon bimbit yang telah diisi kredit sebanyak RM5. Setiap kumpulan dibahagikan tempat masing masing untuk mencari pelajar Unimas seramai yang mungkin untuk menghubungi ibu bapa  mereka. 



Skrip yang telah disediakan oleh pihak penganjur program.

Setelah selesai semua aktiviti, hasil video ditayangkan dalam bilik seminar diakhir program. 
Program yang tamat jam 12 tengahari ini diakhiri dengan sedikit pemberian cenderahati kepada penceramah program. 


Disediakan oleh,

FATIN SHAHIRAH AZ

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.