ROLL AND SPIN


"Every pro was once an amateur. Every expert was once a beginner. so dream big and start now."

Exco sukan dan rekreasi Kolej Sakura telah mengadakan pertandingan bowling yang diberi nama 'Roll and Spin' pada 21 April 2017 yang lalu. Sebanyak sepuluh kumpulan yang terdiri daripada empat orang peserta setiap kumpulan menyertai pertandingan ini. Setiap kumpulan dikehendaki membayar yuran penyertaan sebanyak RM80.


Pertandingan ini diadakan di Riverside Superbowl, Kuching. Peserta bertolak dari UNIMAS tepat pada jam 6 petang dengan menaiki bas. Selepas selesai solat maghrib, para peserta diberi taklimat ringkas sebelum pertandingan bermula. Selain itu, peserta diberi peluang untuk mencuba terlebih dahulu sebelum pertandingan dimulakan. Bagi peserta yang buat pertama kali yang memegang bola bowling, mereka kelihatan begitu teruja.


Pertandingan ini bermula tepat pada jam 8 malam. Pertandingan ini dilaksanakan secara cross lane. Perbagai reaksi dapat dirakamkan pada waktu ini. Ada yang gembira kerana 'strike' ada juga yang mula berputus asa kerana tidak mengetahui bagaimana untuk bermain. Namun mereka tidak mudah berputus asa dengan adanya rakan sepasukan yang sentiasa memberi kata-kata semangat. Oleh itu, objektif pertandingan ini dapat dicapai dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh para peserta.


Sebanyak dua pusingan dipertandingkan bagi menentukan pemenangnya. Pada jam 10 malam tamatlah pertandingan ini. Acara penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh felo Kolej Sakura, Cik NoorFarida binti Saini serta Dr Nor Hasmaliana. Berikut merupakan senarai pemenang:
Tempat pertama: Otai
Tempat Kedua: Bumblebee
Tempat Ketiga: Fun
Tempat keempat: Leeshanami 

Dengan berakhirnya majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang maka berakhirlah pertandingan bowling ini. Para peserta bertolak pulang pada jam 11 malam dengan menaiki bas. Jelas kelihatan senyuman girang para peserta walaupun mereka keletihan sepanjang hari. Beberapa orang peserta menyatakan serta berharap bahawa pertandingan seperti ini dapat diadakan lagi pada semester akan datang. 

Di sediakan oleh:
Nor Afikah Mazlan


No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.