MAAL HIJRAH


MAAL HIJRAH
disediakan oleh : Fatin Shahirah Binti Amanzuria

“No one learns from experience, you can only learn when you process the experience”

5 Oktober 2018 - Bersempena Awal Muharram yang telah tiba, satu forum kemanusiaan bertajuk ` Turning Twenties ` telah berlangsung di Dewan Syarahan,Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS. Panel jemputan ialah Prof Madya Dr Abdul Halim Bin Haji Busari berusia 44 tahun. Beliau merupakan pengarah PITAS serta merupakan pensyarah kanan di Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, FSKPM, UNIMAS. Beliau telah melajutkan pengajian dalam kedoktoran (PhD) dalam bidang Kepimpinan di University of Bradford, UK.


Forum anjuran JASSA ini berlangsung jam 8.30 malam dengan alunan asmaul husna dan bacaan doa.


            ‘PHD’  ialah singkatan kepada program hijrah diri. Pertama, sebagai pelajar, pakat-pakat hadirkan diri ke kuliah atau kuliah yang merangkumi ilmu fardu ain mahupun fardu kifayah. Seterusnya, panjatkan himpunan doa dengan 4 perkara iaitu doa, zikir, syukur dan istighfar. Yang terakhir ialah peluang hapus dosa. Nabi bersabda, “Syurga itu dikelilingi dengan pelbagai kesukaran, sementara neraka itu dikelilingi dengan bermacam-macam keseronokan”.



Penceramah di dalam amanat pengurusannya, memperkatakan mengenai kepentingan ilmu. Sibukkan diri kita dengan ilmu. Pada tahun 2010, jumlah umat Islam ialah 1.4 Billion. Kini 2.1 Billion. Manakala banggsa Yahudi Cuma 13.5 juta. Di Asia ada 5 juta orang Yahudi. Yahudi berkuasa dan pegang dunia pada masa kini kerana ilmu mereka.


 Sebelum tamat, panel dan moderator diberikan cenderahati oleh Pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain binti Musa.

Oleh : Fatin Shahirah binti Amanzuria
Jurugambar : Afza Naqibah Binti Azamaain

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.