SAKURA QURAN HOUR

SAKURA QURAN HOUR
Disediakan oleh : Claudia Charissa Ak Jagan


29 Sept 2018 – Sakura Quran Hour diadakan untuk kali yang pertama pada tahun 2018. Program ini diadakan bagi mewujudkan suasana yang harmoni di Surau Kolej Sakura dengan merapatkan hubungan silaturahim di antara para pelajar muslim dengan aktiviti-aktiviti yang berkonsep Islam. Bukan itu sahaja, program ini bertujuan untuk menjadikan pendekatan diri dengan al-Quran sebagai pedoman hidup.

     Para peserta diberikan masa untuk mendaftar dari jam 5:15 petang sehingga jam 5:45 petang. Seramai 133 orang peserta daripada Blok A, B dan C yang menyertai program ini. Terdapat peserta yang berada di Surau Kolej Sakura dan ada juga yang berada di apartmen masing-masing. Seterusnya, bacaan dimulakan tepat pada jam 5:15 petang untuk mereka yang berada di apartmen diiringi seorang ahli jawatankuasa aktiviti program tersebut.

Bacaan serentak di apartmen masing-masing

     Pengetua kolej, Cik Siti Nor Ain Musa dan Felo kolej, Cik Noorfarida binti Saini tiba di Surau Kolej Sakura pada jam 5:45 petang

Pengetua(kiri) dan felo(kanan) kolej

     Tepat pada jam 6:00 petang, Quran Hour dan Majlis Khatam Quran Kolej Sakura bermula dengan rasminya. Peserta-peserta program di surau dikehendaki duduk dalam bulatan sepanjang program berlangsung. Beberapa orang pelajar telah diberikan tugas untuk mengetuai bacaan sepanjang 30 minit majlis tersebut.

Khatam Quran di surau

     Setelah selesai Majlis Khatam Quran dan Quran Hour tersebut, semua berkumpul di surau untuk solat maghrib bersama diikuti dengan solat hajat, bacaan yassin dan akhirnya solat isyak. Para peserta diberikan makanan dan dibenarkan untuk sign out dan diberikan merit.

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.