SAKURA TEAM BUILDING 3.0

Sabtu, 2 Mac 2014 - Kolej Sakura sekali lagi menganjurkan Sakura Team Building 3.0 (STB).Program ini di bawah pengelolaan Exco Pembangunan Sahsiah dan pengarah program STB ini ialah saudari Wan Awanis binti Wan Nasran. STB bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari.




Para peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan perlu menyediakan cheers tersendiri. Beberapa checkpoint yang terlibat antaranya ialah checkpoint `Flip dan Flap`, checkpoint Spider Web, checkpoint Bowling, checkpoint Meneka dan Melukis gambar dan lain-lain.Setiap kumpulan menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi antara ahli kerana masing-masing ingin menjadi pemenang selain bergembira sesama teman-teman.






Kemudian,aktiviti lain seperti permainan teka peribahasa dan permainan `Simon Says` turut dijalankan. Acara penyampaian hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh felo Kolej Sakura iaitu Dr Farah Akmal binti Idrus.Hamper diberikan kepada 3 kumpulan yang teratas mengumpul markah tertinggi sepanjang STB berlangsung. Program bersurai selepas sesi bergambar semua peserta bersama Dr Farah dan penganjur STB.






Oleh : Nurul Syazwani Zulkifli
Jurugambar : Allya Syahirah Binti Abdul Riff.

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.