Variasi Bahasa


Terdapat 2 sesi untuk program variasi bahasa ini. Sesi pertama ialah pada waktu pagi. Pada sesi ini, pertandingan debat telah diadakan. Hakim jemputan untuk pertandingan ialah saudari Safuha binti Mohd Yusuf. Pertanding ini disertai oleh 2 kumpulan pencadang dan 2 kumpulan pembangkang. Pertandingan debat ini dinamakan sebagai debat dialek. Semua peserta dikehendaki menggunakan dialek mereka sendiri.


Tajuk pertandingan debat disidang pertama adalah sistem merit di kolej. Kumpulan pencadang dan pembangang saling mempertahankan hujah masing-masing dengan sangat bijaksana. Pada sidang kedua, pertandingan debat diteruskan dengan tajuk yang berbeza. Sewaktu sidang ini, tajuk yang ditetapkan ialah orientasi wajar diteruskan untuk pelajar universiti. 


Seterusnya, sesi kedua dijalankan pada waktu petang. Pada sesi ini, pertandingan bersajak telah diadakan. Antara juri pada pertandingan ini ialah Nurul Hafizah, Exco Akademik MPP dan Nurazan Zafirah, Exco Kesenian MPP. Pertandingan ini telah disertai oleh 8 orang pelajar Sakura. Tetamu kehormat pada pertandingan ini ialah Cik Siti Nor Ain dan Cik Farida.


Selepas pertunjukan montaj, program diteruskan dengan penyampaian hadiah. Pertandingan debat telah dimenangi oleh kumpulan Pancaindera, tempet kedua, kumpulan Iris dan tempat ketiga, kumpulan Cik Kelate. Bagi pertandingan sajak, tempat pertama dimenangi oleh Ainur Nasrin, Roses Nono dan Nur Sabrina. Sebelum bersurai penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat, hakim dan juri.








No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.