LGBT 2.0 : SOAL JAWAB LGBT





10 DISEMBER 2016 -
 Pihak Jawatankuasa Surau Sakura, JASSA, telah menganjurkan satu program yang bertajuk Gender  & LGBT yang bermaksud Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender. Program berbentuk ceramah ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar UNIMAS berkaitan fenomena ini dengan lebih jelas. Ceramah ini bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 1.00 petang bertempat di Dewan Seminar di PITAS.

Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof (Penceramah LGBT)


 Program ini menjemput penceramah dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof yang merupakan Penolong Pengarah Kanan Cawangan Sosial, Unit 'Ilaj wa Syifa' Juvana, Penagih Dadah Dan Penyalahgunaan Alkohol Bahagian Pembangunan Keluarga. Beliau yang berasal dari Ketereh, Kelantan mempunyai Ijazah Salahuddin Al-Quran dan Hadis di USM.  

Beberapa ajk Kolej Sakura yang turut menghadiri ceramah ini

Program ini dibahagikan kepada dua slot iaitu tentang  'Memahami persoalan secara umum' dan 'Maksud simbol Rainbow'.


Sesi soal jawab daripada peserta

LGBT menurut Al-quran dan Al-sunnah  ialah sebagai agama yang praktikal, Islam merupakan panduan cara hidup dari segala aspek kehidupan termasuk seksualiti manusia. Walaupun Islam mengesahkan hubungan seksual dalam perkahwinan sebagai suatu nikmat dan salah satu daripada rahmat Allah SWT kepada insan, namun pada waktu yang sama Islam menegah sekeras-kerasnya melakukan hubungan seksual luar nikah. Islam akan menghukum mereka yang terlibat dengan jenayah seks seperti zina, rogol, dan liwat.

Antara faktor penyebab perlakuan LGBT ialah pada asuahan ( Fatherless, Lack of Love, Over protective) , pengalaman hitam ( Pernah dirogol / diliwat / oral seks ) , dibuli atau diejek ( Menjejaskan emosi mereka yang dibuli / diejek ) , pornografi ( Narkotik lewat mata ) serta persekitaran ( Pergaulan di kalangan komuniti LGBT ).


Penceramah turut menyediakan pusat perkhidmatan nasihat serta pemulihan tentang perkara ini  yang diberi nama Grup Iqra' yang beralamat No.12, Jalan SP4/18, Bandar Saujana Putra, Elite Highway, Selangor. Nombor serta emel yang boleh dihubungi jika mempunyai sebarang keraguan hal ini ialah 019-8251719 (Izwan Yusof) & iskandarz1885@gmail.com.


Penyerahan cenderahati

Program ini diakhiri dengan sedikit sumbangan cenderahati oleh pihak Jassa kepada penceramah yang disampaikan oleh Presiden Kolej Sakura, Elisa Elizebeth.

Peserta membeli naskah buku yang diterbitkan oleh Dr. Mohd Izwan


Disediakan oleh;
   Fatin Shahirah AZ

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.