The Making of Daie


The Making of Daie ialah program yang julung kali diadakan. Tujuan utama program ini adalah memilih ahli Jassa yang baru. Jassa ialah jawatankuasa Surau Sakura. Mereka inilah yang akan menguruskan surau di kolej Sakura. Program ini disertai sebanyak 30 orang pelajar Muslimat Sakura. Mereka merupakan antara senaraijaya yang telah dipilih oleh MT Jassa.


Selepas pendaftaran program ini diteruskan dengan aktiviti ice breaking. Setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri masing-masing. Setelah itu, para pelajar telah diberikan sekeping kertas yang telah dituliskan nama kumpulan. Mereka telah dipecahkan kepada 4 kumpulan. Antara nama kumpulan ialah kumpulan Anjing, kumpulan Serigala, kumpulan Ular dan kumpulan Lebah.


Aktiviti permainan boom sesame kumpulan dijalankan, semua pelajar dikehendaki solat Dhuha berjemaah. Setelah itu, permainan boom dijalankan. Semua kumpulan dikehendaki memboom kumpulan lain dan kumpulan yang mendapat boom paling banyak akan kalah. Seterusnya, aktiviti riadah pada waktu pagi diadakan. Permainan bola keranjang telah dipilih sebagai sukan untu riadah. Pemenang bagi sukan ini ialah kumpulan Lebah.


Selepas riadah, para pelajar diberikan rehat beberapa minit sambil menikmati sarapan pagi yang telah disediakan. Program ini diteruskan dengan perbincangan dalam kumpulan bagi melakonkan 10 muwasafat tarbiyyah. Setiap kumpulan diwajibkan untuk berlakon selama 5 minit dan dihakimi oleh MT Jassa. 


Selesai aktivit lakonan itu, program ini menjemput Cik Siti Nor bagi menyampaikan tazkirah sebelum menunaikan solat fardhu Zuhur. Tajuk tazkirah ini ialah Dakwah Nombor 1 tetapi Akademik Nombor 2. Selepas solat fardhu Zuhur berjemaah, semua pelajar dihidangkan dengan makanan tengahari sebelum program bersurai.








No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.