TANGISAN SEPI SYIRIA AND THE WORLD

Pada 9 Disember 2016 yang lalu, pihak Jawatankuasa Surau Sakura, JASSA, telah menganjurkan satu program yang diberi nama Tangisan Sepi Syiria and The World. Program berbentuk ceramah ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar UNIMAS tentang apa yang berlaku di Syiria. Ceramah ini bermula pada pukul 7.30 malam bertempat di Dewan Kuliah, CTF 1. Penceramah program ini bernama Encik Fadly bin Hasbi, memegang jawatan sebagai Penguatkuasa KPDNKK Sarawak dan Timbalan Pengurus MyCARE Sarawak. Beliau mempunyai Diploma Pentadbiran Awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Samarahan. Encik Fadly ini juga berpengalaman dalam menyertai Misi Kemanusiaan ke Gaza pada tahun 2011.

 
Daripada Zaid Bin Tsabit al-Ansari RA, Hai, beruntunglah bagi negeri Syam, hai beruntunglah bagi negeri Syam, hai beruntunglah bagi negeri Syam, mereka bertanya: Ya Rasulullah, dengan sebab apa? Sabda baginda: Malaikat Allah menhamparkan sayapnya kepada bumi Syam. (Riwayat Al-Tarmidzi)
Encik Fadly menyatakan bahawa bumi Syam ini merupakan suatu tempat yang akan mendapat pelindungan daripada malaikat. Encik Fadly turut menyatakan bahawa bumi Syam terbahagi kepada empat buah negeri iaitu Syiria, Palestin, Jordan dan Lubnan.  Terdapat 10 orang sahabat Rasulullah yang pernah menetap di Syiria. Antaranya ialah Abu Ubaidah Amir Bin Al Jarrah, Said bin Zaid, Bilal bin Rabah, Muaz bin Jabal, Abu Darda, Ubadah bin Al-Somit, Khalid bin Al-Walid serta beberapa lagi. Negeri Syam merupakan sebuah wilayah yang dikuasai oleh Damsyik. Perjanjian rahsia Sykes-Pucot (1916) membahagikan kepada wilayah di bawah pemerintahan British dan Perancis.

Syiria merdeka daripada perancis pada tahun 1946. Keadaan politik tidak stabil pada tahun 50an dan 60an. Pada tahun 1970  telah berlaku rampasan kuasa oleh Hafez Assad dari Parti Sosialis (Baaths). Pada tahun 1982 lebih 40000 orang sunni dibunuh dan memusnahkan 88 masjid di Hama. Bashar Assad menggantikan bapanya tanpa restu rakyat Syiria. Kezaliman berterusan. Pada tahun 2008 ratusan banduan yang membantah Quran dipijak oleh tentera telah dibunuh. Penduduk Syiria terdiri daripada 74% Sunni dan 4% Syiah Nusairiah (agama keluarga Bashar). Syiah Nusairiah merupakan agama baru yang lahir 200 tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW. Pengasasnya ialah Ahmad Nusairy. Syiah Nusairiah ini menggabungkan agama Islam, Kristian dan Pagan. Antara fahaman mereka ialah menghalalkan arak, mendakwa Allah SWT menjelma pada Saidina Ali. Persamaan dengan Syiah ialah turut mengkuduskan Saidina Ali r.a. Ramai Sunni dibunuh bila tidak mahu menyembah Bashar.

Menurut Dr Yusuf Qardhawi (Ketua Ikatan Ulama' Antarabangsa), menurut seluruh umat Ahlus Sunnah Wal Jamaah berjihad mempertahankan Syiria dari dirampas oleh anasir Syiah yang membantu rejim Basyar Assad. Antara bantuan yang diperlukan oleh Syiria ialah keperluan asas seperti air, perlindungan, sanitation, ubat-ubatan, makanan, bantuan persekolahan serta latihan kemahiran bagi wanita. Ceramah ini berakhir tepat pada jam 10.30 malam dengan keberangkatan keluar penceramah serta tetamu jemputan.


Disediakan oleh:
Nor Afikah binti Mazlan

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.