SAKURA@KENYALANG : TARIAN TRADISONAL DAN ETNIK

Pada 21 Mac 2018, program terakhir bagi Malam Kesenian dan Kebudayaan Festival Sakura@Kenyalang 2018 telah diadakan. Tarian Tradisional dan Etnik telah dijayakan di Pentas Utama yang terletak di perkarangan tempat parkir Blok C, Kolej Sakura. Program ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan dan memartabatkan lagi budaya dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia.




Pengacara majlis telah memulakan majlis dengan memperkenalkan para tetamu jemputan yang hadir serta juri jemputan  khas untuk mengadili persembahan peserta. Dua juri yang dijemput merupakan koreografer profesional yang arif tentang tarian etnik dan tradisional iaitu Encik Muhammad Hambali Tumiran dan Encik Joe Unus.





 Pertandingan ini telah disertai oleh tiga buah kelab kebudayaan kolej-kolej di UNIMAS. Kelab Creatist Cempaka merupakan kumpulan pertama yang mempersembahkan persembahan mereka. Kelab Xpresso Kolej Sakura seterusnya telah menjayakan persembahan mereka dengan tarian etnik dan tradisional yang memukaukan. Persembahan terakhir adalah daripada Kelab ArtKal Alamanda dengan tarian mereka yang penuh bersemangat.

Pertandingan tamat tepat pada pukul 11.00 malam. Sesi pemberian cenderahati kepada pihak juri jemputan telah dijayakan oleh pengarah program Festival Sakura@Kenyalang 2018, Elisa Elizabeth anak Jihed.

Disediakan oleh : Nur Ihdinaa Aq'la binti Rashdi

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.