Win More or Win Less

Win More or Win Less
disediakan oleh : Fatin Shahirah binti Amanzuria


10 Mac 2018 - Dengan berintikan penjanaan insan berkualiti yang mempunyai gaya hidup sihat, Nurul Aufa Hidayah Mohamad selaku  pengarah program bagi Win More or Win Less  telah dijalankan pada hari Sabtu.



     Program ini dapat dijayakan dengan penyertaan seramai 25 orang AJK.  Sokongan daripada penghuni agak menggalakkan dan disebabkan oleh hujung minggu. Setiap kumpulan  terdiri 5 orang. 

      Dalam setiap checkpoint akan ada 2 atau 3 kumpulan dalam satu pusingan . Terlebih itu setiap peserta akan diberikan 8 biji gula-gula setiap orang. 

       Setiap checkpoint diberi masa selama 20 minit. Pada checkpoint terakhir setiap kumpulan perlu menunjukkan jumlah gula-gula yang berbaki.  Para AJK yang ‘sporting’ telah menjadikan aktiviti ini penuh santai bersama dengan warga Sakura.


     Menjelang pukul 12.30 tengahari, aktiviti ini tamat dengan penyampaian hadiah kepada pemenang  oleh jemputan VIP iaitu Cik Ain Musa selaku pengetua Kolej Sakura.

Tempat pertama : Dream Team
Tempat kedua : Wakanda
Pemenang individu : Norliyana bt Abdul Rahim


Oleh,
Fatin Shahirah binti Amanzuria

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.